Hati-hati lawat tempat berisiko semulajadi

0

#JomBeringat

Antara faktor yang mendorong seseorang untuk melancong, baik dalam atau luar negara, adalah kerana keindahan dan keunikan sesuatu tempat.

Kawasan seperti kepulauan, air terjun, hutan rimba dan gunung ganang merupakan destinasi pilihan bagi mereka yang menggemari tempat berunsurkan alam semulajadi. Namun perlu diingatkan, walaupun ia suatu tarikan, tidak bermaksud tempat sebegitu benar-benar selamat.

Faktor bencana alam seperti kejadian letusan gunung berapi yang berlaku di lokasi pelancongan, White Island, New Zealand pada Isnin lalu, perlu diambil perhatian.

Nasihat kami:

1. Sebelum melawat ke tempat-tempat seperti itu, dapatkan terlebih maklumat keadaan semasa destinasi tersebut.

2. Elakkan berkunjung ke tempat yang akan, sedang atau telah mengalami bencana dalam tempoh terdekat. Keadaan pada ketika itu adalah tidak selamat.

3. Ambil langkah berjaga-jaga dengan membawa keperluan asas seperti ubat-ubatan, makanan dan pakaian yang secukupnya jika tetap ingin melawat ke lokasi yang berkenaan.

4. Paling penting, maklumkan keberadaan anda kepada ahli keluarga atau pihak kedutaan (jika di luar negara) sekiranya ingin melawat ke kawasan berisiko bagi memudahkan urusan jika berlaku sesuatu perkara.

Leave a Reply