Hati-hati ketika hadir perhimpunan keluarga

0

Melalui perkongsian Public Health Malaysia, laman info kesihatan itu mengingatkan kepada mereka yang ingin menghadiri perhimpunan keluarga, sama ada perkahwinan, perayaan atau kematian, jangan alpa dan perlu berhati hati bagi mengelak kejadian Kluster Tawar berulang.

Berikut ringkasan bermulanya kluster baharu yang muncul di negeri jelapang padi, Kedah

✔️ Kluster Tawar tertumpu di Mukim Tawar.

Pekan Tawar terletak kira-kira 25 kilometer dari pusat pentadbiran daerah baling dan lokaliti penduduk melibatkan kawasan kampung dan taman perumahan

✔️ Kes PERTAMA kluster Tawar membabitkan seorang lelaki warganegara Malaysia yang juga seorang peniaga.

✔️Beliau menghadiri upacara keagamaan memperingati kematian ahli keluarga yang dihadiri 30 orang yang berlangsung dari 31 Julai hingga 1 Ogos lalu.

8 Ogos 2020

Pada permulaan beliau mula mengalami sakit dada serta gejala demam dan segera mendapatkan rawatan di sebuah pusat perubatan.

11 Ogos 2020

Saringan COVID-19 dijalankan pada keesokan harinya dan beliau dikesan POSITIF

Selepas itu, saringan kontak rapat mendapati 17 anggota keluarga termasuk isteri, anak anak dan saudara mara turut dikesan positif.

6 petugas kesihatan dari Pusat Perubatan Swasta di Sg Petani yang merawat kes ini dan seorang lagi pesakit yang pernah ditempatkan sebilik bersama kes pertama kluster turut dijangkiti

Sehingga kini, 33 kes positif telah dikesan dari kluster ini dan majoritinya melibatkan AHLI KELUARGA.

Kejadian Kluster Tawar membuktikan kepentingan penjagaan SOP dan penjarakan sosial semasa menghadiri perhimpunan keluarga.

✔️ Jangan bersalam dan berpelukan

✔️ Sesiapa yang bergejala tidak perlu hadir

✔️ Jangan bersembang dekat dekat

✔️ Jangan berhimpun ditempat yang padat

✔️ Jaga kebersihan

Selain itu, petugas kesihatan juga diingatkan agar sentiasa memakai alat perlindungan semasa mengendalikan pesakit.

*Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanahair serta luar negara.

htpps://m.youtube.com/c/themalayapost

Leave a Reply