Hati-hati, beli kit ujian kendiri COVID-19

0

Sebuah farmasi di Pahang dikenalpasti menjual kit ujian kendiri COVID-19 daripada syarikat yang masih belum mendapat kelulusan pihak berkuasa untuk dipasarkan kepada orang awam.

Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna dalam satu kenyataan, berkata siasatan lanjut mendapati farmasi itu membekalkan kit ujian bukan daripada enam syarikat yang sudah diluluskan oleh kerajaan

Susulan itu, kementerian akan mengemukakan siasatan berkenaan kepada Pihak Berkuasa Peranti Perubatan (MDA) untuk tindakan lanjut.

Ia memandangkan ia bukan di bawah bidang kuasa KPDNHEP.

“Orang ramai diminta berhati-hati ketika membeli kit ujian kendiri COVID-19 yang dijual di pasaran dan mereka boleh rujuk di laman rasmi MDA terlebih dulu bagi mendapatkan senarai syarikat dan produk yang sudah diluluskan untuk pengedaran dan penjualan kit berkenaan,” katanya.

Terdahulu, KPDNHEP menerima aduan daripada pengguna berhubung penjualan kit ujian kendiri COVID-19 berharga RM60 seunit daripada syarikat yang belum diluluskan di sebuah farmasi di Terengganu.

Hasil siasatan mendapati, farmasi itu memperoleh bekalan kit ujian kendiri COVID-19 berkenaan dari sebuah farmasi dari Pahang.

“Pemeriksaan juga mendapati, farmasi berkenaan mematuhi penandaan harga ke atas barangan terbabit bagi membolehkan pengguna membuat keputusan pembelian berdasarkan harga yang dipaparkan.

“Bagaimanapun, sehingga kini kit ujian itu belum disenaraikan sebagai barangan dalam kawalan,” katanya.

Setakat ini hanya enam kit ujian kendiri COVID-19 diluluskan oleh MDA untuk digunakan di negara ini. –THE MALAYA POST

*Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan dan isu semasa
tanahair serta luar negara.

htpps://m.youtube.com/c/themalayapost

Leave a Reply