“Haters” dan Netizen memberi impak kerjaya seni – Mira Filzah

0

Belum reda cakap-cakap mengenai majlis berprestij, Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH) yang telah menobatkan Mira Filzah sebagai Bintang Paling Popular (ABPBH) ke- 32 yang berlangsung di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC).

Kemenangan itu melayakkan Mira Filzah membawa pulang sebuah kereta Nissan X-Trail 2.0L Hybrid bernilai RM160,000, beserta trofi.

Di laman Instagram milik pelakon dan pengacara, Mira Filzah telah memuatnaik gambarnya bersama trofi dan status sebagai tanda penghargaan kepada mereka yang banyak membantu mengangkat namanya di persada seni sehingga digelar Bintang Paling Popular 2019.

Menurut selebriti popular yang sentiasa  berpenampilan sopan ini, ‘haters’ dan netizen-netizen antara penyumbang yang memberi impak dalam kerjaya seninya.

Dengan penulisan agak panjang di platform Instagramnya, dia menyatakan, “Bismillahirrahmanirrahim. First and foremost, syukur Alhamdulillah, besides undian, I believe this is the rezeki from Allah SWT. Whatever happens in this world, to us, are plans made by Allah. Alhamdulillah for this. Thank you mak abah along and aina, that has always been my number 1 supporter and advisor. Thank you mak abah for letting me enter this industry walaupun ada berat sikit pd awalnya. 😅Sbb rasa berat ni lah I worked hard to prove to both of you. 😂

“Thank you @farhadiana and @angah_09. My backbones. The ones that always be there for me. Thank you sis for all the trouble that I caused you (intentionally or unintentionally) 😅you and Angah jaga i very very well. I was nervous on stage sampai lupa nk say thanks to these two important people in my career.”

“Thank you medias, nk sebut nama satu satu banyak. But you guys play important roles in my career. Thank you for all the good writes up about me for the past 4 years. Nk ikutkan sini juga nk sebut semua nama producers, directors, casts because they all gave impacts in my career, but you know who you are, dgn semua yg Mira pernah bekerjasama, thank you”.

“Last but not least, @miraclegacy_ dan semua yg mengundi. You guys worked really really hard for this. Terima kasih utk semua tenaga, masa, duit yg korang dh berpulun habis. Crazy. Mira sampai pada satu tahap mcm “ehh jgn lah sampai tak tidur lg ni, pg tidur!” Daily routine has to go on as usual! Biar ada berkat. Takut Allah marah nnt if we focused on the Dunya too much. Whatever you guys do, make it balance. Tiada apa yg kekal dlm dunia ini, akhirat juga yg kekal. And i wanna see you guys, be with you guys as well, bukan shj di dunia, tp akhirat juga. We take care of each other, remind each other okay? I love you all kesayangan. ❤️

“Without you guys, viewers Pujaan Hati Kanda tak akn mencecah 30j di YouTube, impak Sweet Dreams tidak akn menjadi fenomena, Sangkar tidak akn mencecah kutipan 12j pada hari ini, fans, PENONTON anda semua lah yg mengangkat kerjaya Mira pada tahap ini (be it official fan club, independent supporters, bukan fan club, even haters pun, netizens, ahahaha thank you sbb memberi impak dlm kerjaya Mira. I guess i should stop”, tulisnya.

Namun, coretan Mira tidak berakhir disitu kerana dia dilihat kembali menyambung penulisannya di ruang komen kerana menurutnya beliau tidak mempunyai ruang yang mencukupi lagi untuk menulis caption.

Rata-rata rakan artis dan para peminat mengucapkan tahniah di atas kemenangan Mira Filzah malam tadi.

#mirafilzahlegacy #mirafilzahfans #mirafilzah.felo #mirafilzahfc_

Leave a Reply