Hasil kerjasama Malaysia-India berjaya memudahcara urusan pulang rakyat masing-masing

0

Dato’ Kamaruddin Jaffar selaku Timbalan Menteri Luar Negeri dan Pengerusi Pasukan Petugas COVID-19 Kementerian Luar Negeri memaklumkan bahawa, hasil usahasama antara Kerajaan Malaysia dan Kerajaan India telah berjaya membantu memudahcara urusan pulang seramai 138 rakyat Malaysia dan 405 rakyat India pulang ke negara masing-masing semalam, Malaysia dan India ke negara masing-masing.

Kerjasama ini telah membolehkan seramai 138 rakyat Malaysia dan 405 rakyat India pulang ke negara masing-masing semalam, 18 Mac 2020.

Perincian penerbangan semalam adalah seperti berikut.

Penerbangan dari India ke Malaysia membabitkan 138 rakyat Malaysia.

Ia meliputi satu (1) penerbangan Air Asia melibatkan 111 orang rakyat Malaysia dari New Delhi

Manakala penerbangan-penerbangan komersial lain melibatkan 27 orang rakyat Malaysia dari New Delhi.

Penerbangan dari Malaysia ke India melibatkan 405 rakyat India.

Dua (2) penerbangan Air Asia dari KLIA ke Lapangan Terbang Antarabangsa Indira Ghandi, New Delhi dan Lapangan Terbang Antarabangsa Visakhapatnam, Vizag, India.

Tambah beliau Kementerian Luar Negeri juga ingin memaklumkan bahawa setakat jam 3.00 petang, 19 Mac 2020, seramai 1,075 orang warganegara Malaysia masih lagi terkandas di India.

Perincian jumlah ini mencakupi Chennai 450, Trichy 430, New Delhi 97, Bangalore 63, Mumbai 24, Cochin 11 dan jumlah keseluruhan sebanyak 1,075.

“Kerajaan Malaysia amat prihatin dan sentiasa memantau secara rapat perkembangan ini melalui perwakilan-oerwakilan Malaysia di India untuk memastikan semua yang terkandas dapat pulang ke Malaysia dengan segera.

“Usaha ini sedang rancak dilakukan pada masa ini dan pada masa yang sama, Kementerian Luar Negeri sedang bekerjasama erat dengan agensi-agensi berkaitan serta syarikat-syarikat penerbangan bagi menyelaraskan urusan pulang baki rakyat Malaysia yang masih terkandas di India”, katanya dalam satu kenyataan media.

Ini termasuk perancangan untuk menghantar pesawat sewaan khas ke Chennai dan Trichy.

Ia bagi membawa rakyat Malaysia yang sedia ada memegang tiket penerbangan pulang Air Asia ke Malaysia.

Semua warganegara Malaysia yang terjejas di India boleh menghubungi Perwakilan-Perwakilan Malaysia yang terdekat untuk mendapatkan bantuan konsular yang sewajarnya, seperti berikut:

SURUHANJAYA TINGGI MALAYSIA DI NEW DELHI
Alamat : 50-M, Satya Marg, Chanakyapuri New Delhi 110021.
Telefon : +91-11-2415 9300
Fax : +91-11-2688 1538
E-Mail : mwdelhi@kln.gov.my
Website : http://www.kln.gov.my/perwakilan/newdelhi

KONSULAT JENERAL MALAYSIA DI CHENNAI
Alamat : No. 7, (Old No. 3) Cenotaph Road, 1st Street, Teynampet, Chennai 600018, Tamil Nadu, India.
Telefon : (91-44) 2433 4434/35/36 (Am)
Faks : (91-44) 2433 4437
E-Mel : mwchennai@kln.gov.my
Website : http://www.kln.gov.my/web/ind_chennai/home

KONSULAT JENERAL MALAYSIA DI MUMBAI
Alamat : 5th Floor, Notan Classic Building, 24th Road, Off Turner Road, Bandra (W),
400 050 Mumbai.
Telefon : 00 9122 2645 5751 / 52 / 55
Faks : 00 9122 2645 5750
E-Mel : mwmumbai@kln.gov.my

–THE MALAYA POST

*SubscribeChannel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanah air serta luar negara.

https://m.youtube.com/c/themalayapost

Leave a Reply