Hari pertama PKPP, lebuhraya dan jalan utama di seluruh Malaysia lancar

0

Menteri Kanan Keselamatan, Dato’ Seri Ismail Sabri Yaakob dalam Sidang Media Khas: Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan sebentar tadi berkongsi perkembangan terkini mengenai sekatan jalan raya yang telah ditarik balik oleh pihak berkuasa.

Menurut beliau, hari ini merupakan hari pertama pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan menarik balik semua sekatan jalan raya di seluruh negara.

Namun bagi OPS Benteng dan sekatan di kawasan-kawasan pantai serta lorong-lorong tikus, ianya akan terus berjalan bagi mengekang kemasukan Pendatang Asing Tanpa Izin (PATI).

Tambah beliau lagi, PDRM turut melaporkan aliran trafik di lebuhraya-lebuhraya dan jalan utama di seluruh Malaysia pada hari ini masih lancar sebagai mana hari-hari sebelum ini.

Walaubagaimanapun, pihak PDRM menjangkakan bilangan kenderaan akan bertambah pada hari Jumaat sehingga Ahad (12-14 Jun 2020) berikutan diramalkan orang ramai akan mengambil peluang pulang ke kampung untuk berjumpa keluarga sempena bulan Syawal.

Beliau turut mengingatkan orang ramai agar sentiasa mematuhi SOP, penjarakan sosial sepertimana yang sering diwar-warkan oleh pihak berkuasa.

* Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanahair serta luar negara.

htpps://m.youtube.com/c/themalayapost

Leave a Reply