Hari pertama pelaksanaan PKPB, orang awam mula membanjiri pusat membeli belah

0

Hari ini bermulanya Pelaksanaan Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) di seluruh negara kecuali tujuh negeri yang membuat keputusan menangguh pelaksanaan berkenaan.

Walaupun menerima reaksi berbeza di kalangan masyarakat, pastinya lebih ramai yang bergembira dengan arahan baru terbabit.

Mula viral di laman media sosial apabila sebuah pusat membeli belah yang terletak di bandar Kuala Lumpur iaitu Kenanga wholesale mall ‘diserang’ dan dibanjiri oleh pengunjung.

Kelihatan di luar bangunan, rantaian panjang orang ramai yang sedang beratur menunggu untuk pemeriksaan suhu badan dan giliran masuk ke dalam gedung membeli belah berkenaan.

Sedang negara dan para petugas barisan hadapan masih bertungkus lumus berjuang untuk membendung dan cuba memutuskan rantaian wabak pandemik ini, ada pula yang berjuang untuk mendapatkan pakaian baru sempena hari raya nanti.

Walaupun mematuhi syarat ‘sosial distancy’ dan pemakaian topeng muka, namun dalam keadaan sibuk serta leka mencari pakaian, pasti ada yang terlepas pandang. Tak mungkin kekerapan membersihkan tangan dipraktikkan semua.

Kita perlu sedar bahawa virus ini tidak boleh dilihat oleh mata kasar dan tidak semua mangsa positif COVID-19 ini mempunyai simptom dan bergejala.

Adakah keinginan membeli pakaian baru jauh lebih penting dari keinginan menyambut lebaran dengan selamat?

Apakah penjualan pakaian dalam talian kurang menarik?

Tidakkah terdetik di hati untuk menyambut lebaran dengan lebih sederhana dan berjimat kerana keadaan ekonomi yang masih kabur?

Tepuk dada tanyalah selera.

#StayAtHome
#staySafe
#stayHealthy
#BreaktheChain
#dudukRumah
#KitaMestiMenang
#syukurSelalu

Suasana hari raya kat Kenanga Wholesale City.

Dikirim oleh PenMerahdotcom pada Minggu, 03 Mei 2020

– THE MALAYA POST

*Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanah air serta luar negara.

https://m.youtube.com/c/themalayapost

 

Leave a Reply