Hargai pengorbanan ‘frontliner’, ADUN Pengkalan Hulu sumbang bantuan ‘back to school’ kepada anak-anak kerajaan petugas hadapan

0

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pengkalan Hulu Perak, Dato’ Aznel Ibrahim hari ini menyampaikan bantuan ‘Back To School’ kepada anak-anak agensi kerajaan barisan hadapan (Frontliner) daerah Pengkalan Hulu.

Manakala sumbangan berjumlah RM30,000 disampaikan kepada Ketua Polis Daerah (KPD) Pengkalan Hulu, DSP Zulkepli Bin Ibrahim merangkap Komander Frontliner Pengkalan Hulu tengah hari tadi bertempat di Rumah Kelab IPD Pengkalan Hulu, Perak.

Sumbangan ini akan diselaraskan oleh KPD melibatkan 10 agensi iaitu Polis DiRaja Malaysia (PDRM) Pengkalan Hulu, Pasukan Gerak Am 18 (PGA) Pengkalan Hulu, 3 Rejimen Sempadan Pengkalan Hulu, Kementerian Kesihatan Pengkalan Hulu, Majlis Keselamatan Negara Hulu Perak, Kastam Pengkalan Hulu, Imigresen Pengkalan Hulu, Aksem Pengkalan Hulu, Angkatan Pertahanan Awam Pengkalan Hulu dan juga Rela Pengkalan Hulu.

Menurut Dato’ Aznel, sebelum ini kerajaan negeri pernah menyerahkan bantuan ‘Back To School’ kepada kira-kira 300 orang penerima.

Tambah beliau sumbangan ini sebagai penghargaan kepada para frontliner yang menjadi barisan hadapan menghadapi bahaya COVID-19.

Dalam pada itu, KPD dalam ucapannya mewakili jabatan frontliner menghargai sumbangan, keprihatinan dan berterima kasih kepada YB Aznel atas sumbangan yang diberikan.

Beliau mengharapkan agar pemimpin tempatan di kawasan lain dapat bersama menghargai frontliner yang bertungkus lumus menjalankan tugas bahaya ini.

*Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanahair serta luar negara.

htpps://m.youtube.com/c/themalayapost

Leave a Reply