Hargai jasa petugas kesihatan, Ustaz Ebit Liew sumbang penghawa dingin

0

Penceramah bebas, Ustaz Ebit Lew bukanlah satu nama yang asing dan cara beliau menyampaikan dakwah sangat disenangi ramai.

Beliau juga sering berkongsi pengalaman sepanjang melakukan kerja dakwah dan ceramah untuk tatapan para pengikut setianya.

Semalam beliau berkongsi satu rakaman video menyumbangkan empat biji penghawa dingin kepada pihak Hospital Shah Alam di atas kerja keras para petugas kesihatan bertungkus lumus dan menjaga pesakit sepanjang tempoh negara dilanda wabak COVID-19.

Menurutnya, beliau terasa sebak ketika mendengar ramai staff dan pekerja Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan juga swasta yang disahkan positif COVID-19 setelah berkorban nyawa dan raga memberikan rawatan kepada pesakit yang dikenalpasti positif COVID-19.

Sebak bila dengar ramai staf kkm dan swasta juga ada yang positif Covid-19. Bila lihat mereka yang di bahagian hadapan…

Dikirim oleh Ebit Lew pada Jumat, 20 Maret 2020

“Bila lihat mereka yang di bahagian hadapan ini berpanas sangat dengan baju begitu. Ya Allah.. Dapat tahu yang mereka perlukan portable aircond” tulis beliau.

Malahan demi menjaga dan memastikan keselesaan para petugas, beliau menyumbang empat biji penghawa dingin untuk Hospital Shah Alam dan satu darinya adalah sumbangan dari Dato’ Zainal.

“Nak melangkah keluar rumah je dah berdebar. Macam manalah mereka ini semua begitu kuat melalui semua ini. Mereka sedang berjihad. Bantulah beri mereka sihat selamat. Kita pula duduklah di rumah dan doakan mereka. Dengar nasihat dan saling mendoakan yer” tulisnya.

Sebelum ini, pengasas Fashion Valet dan juga pengasas Duck, Vivy Yusoff turut menyumbangkan beberapa biji ‘portable aircond’ kepada Hospital Serdang.

View this post on Instagram

After learning about the amazing things that hospital staff/volunteers are doing, @fadzaanuar and I felt the need to do something. I reached out to ask what equipments they need and decided to contribute some portable airconds for them, in the name of everyone at FV. These were delivered today to Hospital Serdang, and Insyaallah more to come. We are seeing how to contribute to other hospitals combatting covid19 too, lots of FV people are interested to help! We complain how hot it is outside after 2 minutes of being outside, can you imagine what they go through wearing the whole hospital suit covered from head to toe. Thank you for all that you do for society, so proud to be a part of a community that cares and loves for one another. ❤ (Thank you @syedzainalsmt for helping me reach out and Kak Noordini for liaising for me) #covid19

A post shared by Vivy Yusof (@vivyyusof) on

–THE MALAYA POST

* Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanahair serta luar negara.

htpps://m.youtube.com/c/themalayapost

Leave a Reply