Harga minyak RON95 dan RON97 turun 5 sen, Diesel turun 12 sen

0

Harga runcit produk petroleum mingguan semakin merosot.

Harga petrol RON97 dan RON95 yang terbaharu bagi tempoh 11 hingga 17 April 2020 menurun sebanyak 5 sen.

Berdasarkan pengiraan formula APM, RON97 daripada RM1.60 menjadi RM1.55 seliter manakala RON95 daripada RM1.30 kepada RM1.25 seliter.

Harga runcit diesel pula menurun sebanyak 12 sen dan ditetapkan RM1.46 seliter.

Antara punca kemerosotan harga minyak dunia kerana ketidaktentuan ekonomi global akibat pandemik COVID-19.

Harga Runcit Produk Petroleum (11 April 2020 – 17 April 2020)#KPDNHEP #Ron97 #Ron95 #Diesel

Dikirim oleh KPDNHEP-Laman Rasmi pada Jumat, 10 April 2020

*Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanah air serta luar negara.

https://m.youtube.com/c/themalayapost

Leave a Reply