Hanya Tingkatan 4 dan 6 sekolah berasrama mula bersekolah 15 Julai

0

Terdahulu Menteri Pendidikan telah mengumumkan pembukaan semula sekolah bagi murid bukan kelas peperiksaan awam akan dilakukan secara berperingkat mulai 15 Julai depan.

Dalam konteks sekolah berasrama, beberapa penambahbaikan telah dimasukkan sebagai tambahan kepada Garis Panduan Pengurusan Pembukaan Semula Sekolah.

Ia juga telah diluluskan dalam Mesyuarat Khas Menteri-Menteri dan ianya dilaksanakan ke atas tatacara pengurusan asrama berdasarkan perbincangan bersama Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

Mengambil kira kelulusan terbabit, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) memutuskan hanya murid tingkatan empat dan enam semester satu tahun 2020 di sekolah berasrama di bawah KPM akan kembali bersekolah pada 15 Julai ini.

Keutamaan diberikan kepada kumpulan murid ini adalah bagi memastikan mereka mempunyai masa yang mencukupi untuk persediaan menduduki peperiksaan awam pada tahun 2021.

Sementara itu, murid tingkatan satu, dua dan tiga di sekolah berasrama akan memulakan persekolahan pada 3 Ogos depan dan buat sementara ini mereka akan meneruskan pembelajaran yang berasaskan home-based learning sehingga mereka kembali semula ke sekolah.

Keputusan ini terpakai kepada Sekolah Berasrama Penuh (SBP), Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA), Sekolah Agama Bantuan Kerajaan (SABK), Sekolah Sukan Malaysia (SSM), Sekolah Sukan Negeri (SSN) dan Sekolah Seni Malaysia (SSeM).

Berhubung kebenaran pelajar pulang ke rumah sempena sambutan Hari Raya Aidiladha dan dengan penambahbaikan kepada prosedur operasi standard sedia ada, KPM membenarkan murid pulang ke rumah untuk sambutan perayaan berkenaan.

* Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanahair serta luar negara.

htpps://m.youtube.com/c/themalayapost

Leave a Reply