Hanya sempat bersama anak selama empat hari, Shah Muhammad redha pemergian Aliff Khalifah

0

Penyampai radio THR Gegar, Shah Muhammad telah kehilangan anaknya yang baru berusia empat hari.

Berita sedih ini dikongsikan oleh Shah sendiri di laman Instagramnya.

Bayi lelaki yang dinamakan Aliff Khalifah dilahirkan pada 27 Oktober dan disahkan meninggal dunia pada awal pagi hari ini (31 Oktober).

Menurutnya, disaat awal kelahiran bayi lelaki yang dinamakan, Aliff Khalifah, anaknya itu tiada sebarang masalah atau komplikasi pun namun kelahirannya awal tiga minggu dari jangkaan tarikh.

Ketika berada di rumah, bayinya tiba-tiba sukar bernafas kelihatan sangat lemah lalu dia terus membawa anaknya ke hospital untuk membuat pemeriksaan.

Sesampai di hospital berkenaan, bayi ini langsung dimasukkan ke Unit Kecemasan (ICU).

Menurut doktor yang merawat, anaknya mempunyai masalah jantung dan asid yang tinggi di dalam badan.

Semasa di hospital bayi ini hanya bergantung dengan bantuan mesin pernafasan.

Hati ibu bapa manakah yang sanggup melihat anaknya menderita, maka Shah dan isteri bersetuju untuk menghentikan bantuan mesin berkenaan.

Selang 10 minit kemudian, seumpama keajaiban berlaku apabila Aliff Khalifah kembali bernafas.

“Alahamdullilah kun fayakun.. Kuasa Allah.. Tadi memang kami bersetuju untuk berhentikan mesin oxigen sebab tak nak Baby sakit. Jadi doktor suruh kami kumpulkan keluarga.. Bila dah setuju baru berhentikan mesin… Tapi dalam kami menunggu famly datang. Doktor cal mengatakan baby punya oxigen dah lemah.. Ya masa kami tengok memang dah lemah sehingga laa line luruss tettt keluar… Jadi kami redha baby dah tiada.. Bangcah dan isteri peluk untuk tatapan terakhir. Dan doktor yang sahkan die pergi jam 5pm..dalam kami peluk dalam 10minit tiba baby bernafas semula…sehingga la kami dapat bawak baby ke rumah.. Namun keadaan die lemah.. Tapi kuasa Allah.. Bangcah yakin die akan pulih.. Ya Allah engkau maha berkuasa..” tulis Shah.

Walau berada dalam keadaan yang lemah, Shah dan isteri memilih untuk membawa pulang anaknya ke rumah dan yakin masih ada harapan untuk anaknya kembali pulih.

Namun kegembiraan Shah sekeluarga tidak bertahan lama apabila Aliff Khalifah menghembuskan nafasnya yang terakhir pada jam 2 pagi di rumahnya.

Kami di The Malaya Post mendoakan semoga Shah dan isteri diberi kekuatan dan tabah menerima ketentuan Ilahi.

Al Fatihah buat anak syurga ini.

Leave a Reply