Hanya pergerakan bawa patung Dewa Murugan oleh petugas ke Batu Caves dibenarkan

0

Majlis Keselamatan Negara (MKN) menggariskan sebarang perarakan pada sambutan Thaipusam Khamis ini TIDAK dibenarkan.

Berdasarkan kelulusan yang diberi oleh MKN, hanya pergerakan dan perjalanan membawa patung Dewa Murugan sahaja dibenarkan (tanpa apa-apa perarakan) bermula dari Kuil Jalan Bandar ke Batu Caves, bermula jam 3 pagi hingga 6 pagi dengan diiringi bantuan Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Demikian menurut Menteri Wilayah, Tan Sri Annuar Musa dalam pengumuman beliau menerusi laman media sosial Twitter hari ini.

Menurutnya, istilah yang tepat menggambarkan kelulusan MKN ini adalah ‘PERGERAKAN’ dan bukannya ‘PERARAKAN’.
Segala garis panduan telah diberi dan akan dikuatkuasakan.

Sebelum ini, timbul laporan tidak tepat menggambarkan bahawa perarakan dibenarkan sedangkan yang diluluskan hanya perjalanan melibatkan tidak lebih 10 orang.

*Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanahair serta luar negara.

htpps://m.youtube.com/c/themalayapost

Leave a Reply