Hanya empat dari sejuta orang mengalami kesan sampingan vaksin

0

Hanya empat dalam setiap satu juta orang penerima suntikan vaksin COVID-19 akan mengalami kesan sampingan.

Menurut Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, sehingga kini belum pernah mendengar  mereka yang telah divaksin mengadu mengalami kesan sampingan.

“Dan ini adalah perkembangan positif,” katanya dalam dialog ketika menjelaskan pengalamannya mendapat suntikan.

Beliau berkata walaupun kes-kes kesan sampingan adalah kejadian terpencil, kementerian telah menyediakan ruang khas untuk mereka yang mengalami reaksi terhadap vaksin.

Malah pesakit ini akan dipantau selama 15 hingga 20 minit.

Beliau berharap lebih ramai orang tampil untuk mendaftar sebagai penerima vaksin ini.

“Mereka yang menderita HIV akan diberi vaksin jika mereka “tidak memiliki masalah kesihatan” dan peraturan yang sama juga untuk pesakit barah,” katanya.

Timbalan Ketua Pengarah (Kesihatan Awam) Dr Chong Chee Keong berkata lebih 99 peratus mereka yang mengalami kesan sampingan akan mengalami reaksi ringan hingga sederhana.

“Tetapi akan ada kemungkinan reaksi yang teruk dan semua pusat vaksinasi dilengkapi untuk menangani hal ini,” ujar beliau.

Ketua Penolong Pengarah Kanan Bahagian Kawalan Penyakit, Dr A Maheshwara Rao berkata kira-kira 1.065 juta rakyat Malaysia telah mendaftar untuk menerima vaksin.

Beliau mengatakan “semakin ramai” juga mendaftar, dengan purata kira-kira 300,000 sehari yang mendaftar sebagai penerima vaksin.

Beliau juga berkongsi kira-kira 21 juta orang telah memuat turun aplikasi MySejahtera dengan purata antara 30,000 hingga 40,000 setiap hari.

“Kami melihat ramai orang bukan Malaysia turut memuat turun aplikasi sekarang,” kongsinya.

*Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan dan isu semasa tanahair serta luar negara.

htpps://m.youtube.com/c/themalayapost

Leave a Reply