Hanya bergaya santai Tengku Mahkota Kelantan dan Isteri berkenan mencemar duli membersih pantai

0

Cik Puan Sofie Louise Johansson berkongsi di laman Instagram status dan video beliau dan suaminya, Tengku Mahkota Kelantan, Dr Tengku Muhammad Faiz Petra berkenan mencemar duli bergotong-royong membersihkan kawasan pantai di Kelantan.

Menerusi Instagram Cik Puan Sofie Louise Johnsson, Ijo_ telah memuat naik video yang bertulis ‘Hari ini kita pergi ke pantai di Kelantan untuk membersihkan kawasan. Today we went to the beach in Kelantan to do some clean up’. Dengan tanda pagar, #keepkelantanclean #beach #32degrees’.

Walau dengan hanya berpakaian kasual dan skaf menutupi sebahagian rambutnya, Cik Puan Sofie kelihatan sederhana dan menawan.

Rata-rata pengikut di laman Instagramnya memberikan komen yang positif mengenai aktiviti baginda bersama isterinya.

Untuk rekod, Tengku Mahkota Kelantan, Dr Tengku Muhammad Faiz Petra telah selamat diijabkabulkan dengan wanita pilihan baginda, warga Sweden, Cik Puan Sofie Louise Johansson dan dinikahkan oleh Ketua Hakim Syarie Kelantan, Datuk Aria Diraja Datuk Daud Muhammad pada 19 April yang lalu.

Leave a Reply