Hand Sanitizer disediakan di Majlis Kesyukuran Menteri

0

Tetamu yang hadir pada Majlis Kesyukuran sempena pelantikan Dato’ Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri sebagai  menjadi Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) diminta menggunakan ‘hand sanitizer’  (cecair pembasmi kuman) sebaik tiba dan pulang dari majlis itu.

Urusetia Penerangan Darul Iman melaporkan setiap tetamu yang hadir disarankan menggunakan cecair itu yang disediakan ahli keluarga Dr Zulkifli.

Majlis sama turut meraikan pasangan pengantin iaitu Khadijah Munirah Suhaimi dan Muhammad Syahidan Abd Aziz yang juga anak saudara perempuan kepada Dr Zulkifli.

Penggunaan hand sanitizer  itu adalah hasil idea mempelai kerana mereka tidak mahu ada tetamu yang jatuh sakit susulan penularan koronavirus (Covid-19) yang semakin meningkat di negara ini.

Sementara itu, bapa pengantin, Suhaimi Mohamad Al-Bakri berkata, lebih 1,000 jemputan hadir pada Majlis Kesyukuran bagi meraikan adiknya, Dr Zulkifli yang dilantik sebagai Menteri Di Jabatan Perdana Menteri dan Khadijah Munirah yang menamatkan zaman bujangnya.

“Hampir semua tetamu yang hadir secara sukarela menggunakan hand sanitizer, masing-masing mempunyai kesedaran yang tinggi berkaitan wabak itu,” katanya.

* Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanahair serta luar negara.

htpps://m.youtube.com/c/themalayapost

Leave a Reply