Halsey kolaborasi bersama Suga BTS dengan lagu Suga’s Interlude, bakal lancar album ketiga

0

Penyanyi Amerika, Halsey mengumumkan bakal muncul dengan album ketiga pada Januari 2020 dan berkolaborasi dengan salah seorang anggota kumpulan terkenal Korea Selatan, BTS.

View this post on Instagram

January 17, 2020

A post shared by halsey (@iamhalsey) on

Pengumuman yang dikongsi melalui laman Instagramnya, turut memberitahu album yang berjudul ‘Manic’ itu akan menampilkan 16 buah lagu seperti Ashley, Clementine, Graveyard, You Should Be Sad, Forever, Dominic’s Interlude, I Hate Everybody, 3 AM, Without Me, Finally // Beautiful Stranger, Alanis Interlude, Killing Boys, Suga’s Interlude, More, Still Learning dan 929.

Album berkenaan juga akan menampilkan penyanyi dari Korea Selatan, Suga BTS untuk kolaborasi melalui lagu ‘Suga Interlude’.

Ujar Hasley, muzik video lagu Suga Interlude dan Finally // Beautiful Stranger merupakan arahan Patrick Tracy dan telah dilancarkan secara rasmi di saluran Youtube pada 6 Disember lalu.

Kedua-dua lagu ini akan turut berada dalam album ketiga Halsey yang bakal dilancarkan pada 17 Januari dan diterbitkan oleh Capitol Records.

Sebagai sebahagian daripada pelancaran album Manic, Halsey telah tampil di beberapa pameran anugerah termasuk American Music Awards, Country Music Awards dan MTV European Music Awards.

Terdahulu bintang Hollywood ini pernah bekolaborasi dengan kumpulan K-pop BTS dengan lagu berjudul “Boy with Luv” yang menjadi trending dunia dan muzik video lagu terbabit telah meraih lebih 600 juta penonton.

Leave a Reply