Hakisan di Pantai Pengkalan Maras membimbangkan penduduk setempat

0

Pantai Pengkalan Maras, Mengabang Telipot, Kuala Terengganu berada dalam keadaan membimbangkan apabila air laut semakin bergelora dan ombak memukul kuat sehingga berlakunya hakisan tanah di kawasan berhampiran.

Seperti perkongsian pemilik akaun Facebook, Nurul jannah yang telah memuat naik beberapa foto yang memaparkan keadaan terkini pantai terbabit.

https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=2382407238740854&id=100009148041678

Menurut Jannah, hakisan di persekitaran kawasan Pantai Maras semakin teruk dan mengakibatkan sebahagian dari premis menjual makanan laut di kawasan berkenaan sudah ada yang dilimpahi air laut.

Sebelum ini, terdapat satu kawasan taman permainan di sekitar pantai berkenaan, namun disebabkan hakisan yang berlaku ianya telah memusnahkan taman riadah yang cukup popular di kawasan pantai terbabit.

Kemudahan prasarana seperti lampu jalan yang menerangi kawasan berkenaan diibaratkan menunggu masa akan dihanyutkan arus deras air laut yang semakin bergelora kuat.

Lebih membimbangkan para penduduk setempat apabila jalan disepanjang pantai juga sudah mula terhakis.

Semoga warga penduduk di Kampung Maras berada dalam keadaan selamat dan dilindungi dari bencana yang tidak diingini berlaku.

Leave a Reply