Haitham bin Tariq ditabalkan sebagai Sultan Oman

0

Sultan Qaboos bin Said merupakan pemimpin paling lama di dunia Arab moden yang meninggal dunia pada usia 79 tahun.

Baginda tidak berkahwin dan tiada anak sekali gus tidak meninggalkan pewaris untuk takhtanya.

Mengikut Perlembagaan Oman, keluarga diraja mempunyai masa tiga hari untuk menentukan pengganti.

Malah sekiranya gagal, orang yang dinamakan Sultan Qaboos dalam surat kepada keluarga berkenaan akan dilantik sebagai Sultan yang baru.

Atas persetujuan semua ahli keluarga diraja serta sebulat suara telah memilih Menteri Kebudayaan Oman, Haitham bin Tariq sebagai Sultan yang baharu.

Haitham ditabalkan sebagai Sultan bagi mengantikan sepupunya, Sultan Qaboos yang meninggal dunia semalam.

Haitham, seorang peminat sukan dan pernah memegang jawatan Setiausaha Hal Luar Negara bagi Hal Ehwal Politik sebelum dilantik Menteri Kebudayaan pada pertengahan 1990-an selain pernah mengetuai Persekutuan Bola Sepak Oman sekitar awal 80-an. –THE MALAYA POST

*Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanah air serta luar negara.

https://m.youtube.com/c/themalayapost

Leave a Reply