Hadiahkan isteri sebiji burger kerana tidak sempat membeli kek kelahiran isteri, menyentuh hati warganet

0

Tular di laman media sosial apabila seorang pemilik akaun Ammnslhn berkongsi kisah menyentuh hati seorang lelaki yang berusaha untuk membuat kejutan sempena hari lahir pasangan hidupnya.

“Gais di luar sana yang dah berkahwin pliss hargai wife korang. Today my schmate keje kedai western got customer umur not sure tapi fizikal tu macam pakcik2 lah. Dia cakap tak sempat nak pergi beli kek so dia oder lah burger utk wife dia. Apa apa pon mata aku masuk habuk malam ni” tulisnya.

Perkongsian berkenaan berkisarkan tentang tindakan seorang lelaki membelikan isterinya sebiji burger sebagai menggantikan kek hari lahir telah menyentuh hati warganet yang membaca kisah ini.

Idea lelaki yang membuat kejutan kepada isteri dengan cara tersendiri membuatkan netizen berfikir dan memahami erti menghargai seseorang tanpa mengira taraf kedudukan mahupun kemampuan diri.

Hasil dari tweet terbabit, ianya turut mendapat perhatian dari rangkaian kafe dan kek, Secret Recipe apabila pihak mereka mahu bertemu dengan pasangan suami isteri untuk menghadiahkan sebiji kek.

Tidak lama kemudian, pihak Secret Recipe memberitahu bahawa mereka telah berjaya menjejaki lelaki terbabit dan mereka akan bertemu pasangan ini di Secret Recipe cawangan Sungai Petani, Kedah.

Entri berkenaan kini telah diulangkicau lebih 35,000, dan lebih 33,000 tanda suka di laman Twitter.

Leave a Reply