Habsah Hassan, Nora dan Yusry KRU dikurnia gelaran Datuk

0

Penggiat seni tanah air, Yusry Abdul Halim, Habsah Hassan dan Nora Ariffin menerima pingat Panglima Mahkota Wilayah yang membawa gelaran Datuk oleh Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Riáyatuddin Al-Mustafa Billah Shah sempena sambutan Hari Wilayah Persekutuan hari ini.

Habsah, 72, merupakan penulis lirik dan skrip ternama tanah air yang sudah menghasilkan ribuan naskhah.

“Ini adalah kurniaan yang amat istimewa. Saya menjunjung kasih atas kurniaan daripada Yang di-Pertuang Agong.Tentu sekali anugerah kebesaran ini akan memberi motivasi kepada saya untuk terus berkarya,” kata Habsah atau lebih mesra disapa Kak Chah.

“Tiada apa yang mampu dikatakan selain bersyukur dengan kurniaan ini.

“Ia memberi makna yang cukup besar kepada saya selepas lebih empat dekad aktif sebagai penggiat seni.

Sementara itu, Yusry yang merupakan penyanyi kumpulan KRU dianggotai bersama abang dan adiknya, Datuk Norman dan Edry merupakan antara 335 penerima Darjah Kebesaran, Pingat dan Bintang Wilayah Persekutuan hari ini.

Bagi penyanyi Nora pula, dia memanjatkan kesyukuran pada Allah atas kurniaan yang tidak pernah dijangka dan mengakui wajah suaminya sentiasa terbayang di matanya setiap kali dikurniakan rezeki.

Dalam masa sama, Nora gembira kerana ada tiga anak disisinya untuk meraikan kurniaan daripada Yang di-Pertuan Agong.

Untuk rekod, suami Nora, Allahyarham Johan yang merupakan seorang komposer ternama tanah air meninggal dunia pada 24 Mac 2017 pada usia 52 tahun.

Menurut Menteri Wilayah Persekutuan, Tan Sri Annuar Musa, pengurniaan itu adalah sebagai menghargai sumbangan besar penggiat seni dan budaya terhadap lapangan mereka.

Kata beliau, tarikh penyempurnaan Istiadat Pengurniaan Darjah Kebesaran, Bintang dan Pingat Wilayah Persekutuan bagi tahun ini sedang ditentukan mengambil kira situasi semasa penularan pandemik COVID-19.

*Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanahair serta luar negara.

htpps://m.youtube.com/c/themalayapost

Leave a Reply