Guru “paedofilia” warga Britain dihukum sebat dan penjara, cabul kanak-kanak tiga tahun dalam bilik darjah di Singapura

0

Seorang guru warga Britain dijatuhkan hukuman sebat dan penjara kerana mencabul kanak-kanak berusia tiga tahun sebuah pusat pembelajaran di Singapura.

Richard Christopher Monks, 29 tahun dijatuhkan hukuman semalam setelah dia mengaku bersalah atas tuduhan mencabul pada Februari.

Dia pada mulanya tidak mengaku bersalah di atas pertuduhan itu, walaupun rakaman CCTV telah membuktikan perlakuannya itu.

Rakama CCTV memperlihatkan guru terbabit mengangkat gaun merah jambu mangsa dan mencabul dengan tangan kirinya selama 15 minit.

Klip rakaman yang dirakam pada 20 Oktober 2018, menunjukkan pendidik yang terhina itu menggunakan tangan kanannya untuk meletakkan  kamera ke dalam gaun kanak-kanak terbabit.

Monks, yang berusia 27 tahun pada masa itu, dilaporkan membuat rakaman perlakuannya itu di telefon bimbitnya sendiri di hadapan enam kanak-kanak lain yang berusia antara empat dan lima tahun.

Mangsanya dipercayai merupakan kanak-kanak paling muda di dalam kelas dan berumur tiga tahun 11 bulan, menurut media tempatan.

Mahkamah menunjukkan rakaman Monks pada hari kejadian kira-kira jam 5:20 petang, ketika dia menyusun kerusi di kelas untuk menonton video dengan pelajarnya, lapor The Straits Times.

Oleh kerana dia menyedari kamera keselamatan dipasang di satu sudut bilik, dia secara strategik meletakkan dirinya di belakang anak-anak untuk menyembunyikan perlakuan jijiknya itu.

Badan kanak-kanak lain menghalang pandangan kamera ketika dia menghampiri mangsa dari belakang.

Timbalan Pendakwa Raya, Tan Hsiao Tien menjelaskan: “Mangsa tidak selesa dengan sentuhan tertuduh, dan menyatakan ketidakselesaannya dengan gelisah dan menoleh ke belakang untuk melihatnya beberapa kali selama jangka waktu berkenaan.

“Walaupun tidak selesa, tertuduh terus menyentuh dan mencabul kemaluannya.”

Ibu bapa kanak-kanak itu hanya menyedari penderaan itu seminggu kemudian ketika kanak-kanak terbabit tidak mahu menghadiri kelas sebelum dia mengadu “guru Richard” telah “menyentuhnya”.

Dia mengikuti pelajaran di pusat latihan dan literasi, yang mendidik kanak-kanak berusia antara dua setengah tahun hingga 12 tahun dan turut diketuai Monks pada setiap hari Sabtu.

Ketika ibunya bertanya di mana dia menyentuhnya, anak yang ketakutan itu menunjuk pada bahagian bawak.

Laporan polis dibuat oleh ibunya pada hari yang sama.

Monks ditangkap pada 1 November 2018, setelah kembali dari lawatan ke Thailand dan dia pada awalnya tidak mengaku dengan dakwaan terbabit kepada polis.

Peguamnya mendakwa Monks melakukan kejahatan yang menjijikkan itu kerana “penghakiman sesaat kerana tekanan dan kegelisahan yang berkaitan dengan pekerjaan”.

Pasukan perundangannya menyatakan bahawa Monks memberitahu penyelia sebelum kejadian bahawa dia mengalami masalah tidur, dan diberi ubat kerana kegelisahan dan insomnia pada 20 Disember 2018 setelah berjumpa doktor.

Mereka juga mengatakan bahawa guru berkenaan telah meminta maaf kepada mangsa dan keluarganya.

Menurut keluarga, trauma kejadian itu membuatnya takut tidur bersendirian dan mangsa kerap kencing ketika tidur dan membasahi katil.

Di bawah undang-undang Singapura, pesalah boleh didenda, disebat, atau dipenjara hingga lima tahun jika didapati bersalah kerana menganiaya kanak-kanak berusia di bawah 14 tahun.

*Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan dan isu semasa tanahair serta luar negara.

htpps://m.youtube.com/c/themalayapost

Leave a Reply