Gurauan laungan azan Maghrib menjadi viral, kelunakan suara seperti azan di dalam televisyen

0

Memiliki suara yang merdu dan lunak apabila mengalunkan ayat-ayat suci Al-Quran pastinya satu kelebihan besar buat umat Islam.

Terbaru di laman sosial, laungan azan seorang pemuda telah membuatkan seluruh warga maya terpukau dengan kelunakan suaranya.

Menurut kapsyen di Twitter Imran (@iJeebster), ketika dia dan rakannya Faiq (@sepocen_) menuju pulang ke asrama mereka melihat lampu bangunan unit sukan masih bernyala.

Lalu mereka mendekati tempat itu dan mengintainya melalui tingkap yang terbuka dan kelihatan terdapat beberapa orang pelajar masih lagi bersukan.

Memandangkan waktu itu telah masuk waktu maghrib lalu pemuda bernama Faiq telah melaungkan azan dan berharap supaya pelajar terbabit berhenti bermain.

Menurutnya, tindakan itu hanyalah untuk bergurau dan menyakat sahaja sambil dirakam oleh seorang lagi rakan, @iJeebster.

Rakaman video yang dimuat naik itu telah meraih pelbagai reaksi dan komen dari netizen yang tertarik dengan alunan azan dari rakannya.

Netizen memuji kelunakan suaranya seperti azan yang dimainkan di dalam televisyen.

Sehinggakan ada segelintir netizen bergurau sambil bertanya “dia telan tv ke apa” dek kerana lontaran azan kendengaran sangat merdu.

Leave a Reply