Gunung berapi Taal masih terus meletus, rakyat Malaysia dinasihatkan tangguh hasrat ke Filipina

0

Info untuk rakyat Malaysia yang berhasrat ke Filipina dinasihati menangguhkan terlebih dahulu perancangan itu oleh kerana gunung berapi Taal kini dilaporkan masih terus meletuskan lahar dan abu ke udara.

Insiden letusan gunung Taal yang memenuhi ruang udara sehingga lebih 100 kilometer itu telah menyebabkan seluruh ibu kota Manila terjejas.

Susulan kejadian itu terdapat beberapa rumah dan bangunan turut musnah serta ribuan penduduk kampung diarahkan untuk berpindah ke kawasan yang lebih selamat.

Malah lapangan terbang utama negara, sekolah dan pejabat juga terpaksa ditutup sehingga keadaan kembali pulih.

Letusan gunung berapi yang terjadi pada Ahad lalu dijangka akan terus meletup dalam tempoh beberapa hari hingga minggu sekiranya pergerakkan magma berterusan.

Institut Vulkanologi dan Seismologi Filipina melaporkan bahawa status gunung berapi Taal kini berada pada tahap amaran atau berbahaya.

Taal adalah gunung berapi kedua yang paling aktif di Filipina dengan 34 letusan sejarah yang direkodkan. –THE MALAYA POST

*Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanah air serta luar negara.

https://m.youtube.com/c/themalayapost

Leave a Reply