Gunung Liang Timur lokasi popular belia kaki ‘hiking’

0

Masih belum berakhir catatan keindahan dan keunikan negeri Perak Darul Ridzuan dan kali ini kami ke destinasi yang cukup popular di kalangan kaki panjat gunung iaitu Gunung Liang Timur.

Menuju ke destinasi ini perlu menyusuri  Kampung Sungai Dara dan disini juga terdapat empangan sungai yang lokasinya berhampiran dengan Gunung Liang.

Ramai juga yang mandi manda disini ya. Manakan tidak, air sungainya sangat jernih, bersih dan persekitarannya juga amat sesuai sebagai destinasi perkelahan.

Gunung Liang Timur yang terletak di Behrang Ulu,Tanjung Malim, Perak berketinggian kira-kira 1,934 meter dan salah satu dari puncak berkembar Gunung Liang Barat dengan ketinggian 6342 kaki dari paras laut.

Kedua-dua puncak gunung ini berkongsi kaki gunung yang sama dan tidak jauh di antara satu sama lain iaitu kira-kira lima minit pendakian sahaja.

Umum mengetahui Daerah Tanjung Malim dikenali sebagai Bandar Proton dan juga Bandar Belia yang pertama dalam negara.

Sesuai dengan gelarannya, gunung ini juga menjadi pilihan para belia untuk melakukan aktiviti riadah secara berkumpulan, terutamanya ‘hikers’ di seluruh negara.

Gunung Liang Timur adalah di dalam kawasan Hutan Simpan Behrang yang dilaporkan kaya dengan flora  yang mempunyai nilai perubatan.

Kepada yang baru ingin mencuba panjat gunung disini perlu diingat ya, sebarang aktiviti yang dilakukan di dalam Hutan Simpan Kekal ini, seperti mendaki gunung, merentasi hutan, perlu mendapat kebenaran atau permit dari Jabatan Perhutanan dulu ya. Jangan main redah aje.

Di Hutan Simpan Kekal Behrang ini juga dilarang sama sekali menebang dan mengambil hasil hutan, meneroka tanah untuk pertanian atau mendirikan bangunan.

Jika sabit kesalahan denda maksimum RM500,000 atau penjara maksimum 20 tahun atau kedua-duanya sekali.

Kepada para peminat aktiviti sukan lasak atau ‘outdoor activity’, bolehlah try panjat Gunung Liang pula ya.

Gunung Liang Timur antara gunung di Perak yang wajib anda panjat. Khabarnya trek yang sentiasa mencanak naik ini, menjadi pilihan kaki hiking yang mahukan cabaran dalam aktiviti ekstrim ini.

Moh cabar diri anda💪🏻💪🏻💪🏻

* Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanahair serta luar negara.

htpps://m.youtube.com/c/themalayapost

Leave a Reply