Guna aplikasi edit wajah disangka suntik bibir

0
foto:Instagran

Pelakon versatile Catriona Ross yang mesra disapa Cat, telah memuat naik gambar berserta video yang telah diubah wajahnya menggunakan ‘aplikasi’. Cat, dikatakan telah mengedit wajah asalnya menggunakan aplikasi berkenaan supaya kelihatan seperti pelakon hebat Hollywood, Angelina Jolie.

Perkongsian itu bagaimanapun telah disalah tafsir oleh para peminatnya yang menyangka Cat telah membuat pembedahan plastik ke atas bibir dan wajahnya.

Rentetan itu, para peminatnya meluahkan kekecewaan dan tidak bersetuju dengan tindakan Cat yang dikatakan sudah semulajadi cantik.

Menyambut kritikan terbabit dengan hashtag ‘pembaris detected’ , Cat dilihat tenang dan tidak melatah dengan kata-kata netizen di ruangan komen laman Instagram miliknya.

 

Namun ramai juga yang faham dengan gurauan Cat dan terhibur dengan perkongsian berkenaan.

Leave a Reply