Guillemard, jambatan kereta api terpanjang di Malaysia

0

Strukturnya dibina menggunakan besi dan panjangnya mencecah 600 meter, Jambatan Guillemard merupakan jambatan keretapi yang terpanjang di Malaysia.

Mengambil masa empat tahun untuk siap sepenuhnya, ia dibina merentasi Sungai Kelantan yang bermula di Paloh Rawa, Machang ke Kursial, Tanah Merah, Kelantan pada tahun 1920 hingga Julai 1924.

Diberi nama “Guillemard” diambil sempena nama Gabenor British pada masa itu iaitu Sir Laurence Guillemard dan perasmiannya telah disempurnakan oleh Sultan Ismail Ibni Al-Marhum Sultan Muhammad IV pada tahun 1925.

Tujuan utama jambatan ini dibina adalah untuk menyediakan laluan bagi keretapi dan pelbagai kenderaan lain.

Pada 12 Disember 1941, jambatan ini diletupkan oleh tentera British bagi menghalang kemaraan tentera Jepun ke Kuala Krai dan ia dibaik pulih semula selepas tamat Perang Dunia II.

Pembukaan semula jambatan ini telah dirasmikan oleh Sultan Ibrahim Ibni Al-Marhum Sultan Muhammad IV pada 7 September 1948.

Namun setelah pembinaan jambatan baru siap dibina, Jambatan Guillemard tidak lagi digunakan untuk kenderaan bermotor dan kini ia hanya digunakan oleh Keretapi Tanah Melayu sahaja.

*Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanah air serta luar negara.

https://m.youtube.com/c/themalayapost

Leave a Reply