Gosip hubungan Noor Nabila, Engku Emran tular di Indonesia

0

Nampaknya, gosip hubungan Engku Emran dan Noor Nabila turut meraih perhatian warga Indonesia.

Menerusi aplikasi media sosial yang semakin diminati ramai, TikTok, pengguna akaun yang dikenali sebagai adnan_ri memuat naik dua video yang menyatakan kakak kepada pelakon, pengacara dan usahawanita berjaya, Neelofa dan bekas suami aktres popular Indonesia, Laudya Cynthia Bella (LCB) sudah bertunang.

Menerusi perkongsian video terbabit, adnan_ri turut mengulas perceraian Engku Emran dan LCB yang tidak pernah dinyatakan puncanya.

Sebelum ini pernah tular mengenai Engku Emran mempunyai hubungan istimewa dengan wanita lain yang turut meminati sukan berbasikal.

Terdahulu, panas di laman media sosial apabila ramai mula memperkatakan Noor Nabila kini bercinta dengan bekas suami pelakon dari seberang tanah air, Laudya Cynthia Bella iaitu Engku Emran.

Spekulasi itu mula timbul apabila kelibat Engku Emran kelihatan di kediaman keluarga Noor Nabila ketika sesi usrah bersama Ustaz Wadi bersama ahli keluarga lain.

Namun, belum dipastikan lagi sejauh mana kesahihan khabar angin ini tambahan pula kedua-dua belah pihak tidak membuat sebarang pengakuan mahupun penjelasan setakat ini.

*Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan dan isu semasa tanahair serta luar negara.

htpps://m.youtube.com/c/themalayapost

Leave a Reply