Glenn Fredly meninggal dunia

0

Hari ini peminat muzik tanah air dikejutkan dengan pemergian penyanyi kebanggaan Indonesia, Glenn Fredly.

Memetik laporan Liputan6.com, pelantun lagu Januari ini menghembuskan nafas pada Rabu (8/4/2020), jam 6.00 petang waktu tempatan.

Berita sedih terbabit telah dikongsi oleh rakannya, Tompi melalui aplikasi WhatsApp.

“Telah berpulang saudara kami, Glenn Fredly, malam ini. Mhn dimaafkan semua salahnya. Dia yg selalu hadir menggerakkan kita semua,” ujar Tompi.

Glenn Fredly meninggal dunia di Rumah Sakit Setia Mitra, Jakarta.

Punca penyakit yang menyebabkan pemergian beliau masih belum diketahui.

 

* Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanahair serta luar negara.

htpps://m.youtube.com/c/themalayapost

 

 

Leave a Reply