Glenn Fredly meninggal dunia akibat sakit Meningitis

0

Penyanyi Indonesia yang pernah popular menerusi lagu berjudul Januari dan Akhir Cerita, Glenn Fredly, meninggal dunia pada 8 April, jam 6 petang waktu tempatan kerana penyakit Meningitis.

Khabar duka itu dimaklumkan sahabat beliau yang juga penghibur seni,Tompi.

Turut memuatnaik perkhabaran duka itu menerusi laman sosial Instagram ialah penyanyi popular yang juga rakan lama mendiang , Rossa.

Tidak ketinggalan berkongsi berita berkenaan ialah vokalis kumpulan Noah, Ariel yang memuat naik perkongsian menerusi laman akaun Instagramnya.

Mendiang dilaporkan menghembuskan nafas terakhirnya di Rumah Sakit Setia Mitra, Jakarta, pada usia 44 tahun.

Untuk rekod Glenn berkahwin dengan bintang dangdut, Ayu Mutia tahun lalu dan baru menyambut kelahiran cahaya mata sulung mereka, Februari lalu.

Glenn atau nama sebenarnya Glenn Fredly Deviano Latuihamallo dilahirkan di Jakarta pada 30 September 1975.

Mendiang mula menceburi dunia muzik secara profesional selepas memenangi satu pertandingan nyanyian pada 1995.

Antara lagu popular mendiang yang pernah meniti di bibir peminat Malaysia sekitar penghujung 90-an dan awal 2000 ialah lagu Januari, Adu Rayu, Sekali Ini Saja dan Akhir Cerita.

Salam takziah buat keluarga Glenn Fredly.

– THE MALAYA POST

*Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanah air serta luar negara.

https://m.youtube.com/c/themalayapost

Leave a Reply