Gigi Hadid kongsi foto pertama dengan bayi perempuannya

0

Sambutan perayaan Hari Natal pada tahun ini pasti berbeza buat supermodel terkenal dari Amerika Syarikat, Gigi Hadid.

Ini kerana Gigi akan menyambut perayaan tersebut dengan ‘orang baru, iaitu bayi perempuan yang kini berusia lebih dua bulan.

Menerusi kapsyen di laman media sosial Instagram peribadinya, ibu muda berusia 25 tahun ini tidak menafikan rasa penat dengan tugas barunya itu, tapi sangat bahagia dengan perkembangan terkininya itu.

Dalam pada itu, buat pertama kalinya beliau turut berkongsi foto sedang memangku anaknya untuk tatapan para peminat.

Walau hanya berkongsi foto yang tidak menampakkan wajah bayi perempuannya, tetapi perkongsian terbabit berjaya meraih jutaan tanda suka dari para pengikut Gigi di seluruh dunia.

Dalam entri yang sama, Gigi turut berkongsi keterujaan mendekorasi rumah sempena sambutan Hari Natal yang bakal disambut tidak lama lagi.

Lihatlah, betapa berseri suasana kediaman pasangan selebriti terkenal dunia ini.

Pasti bertambah meriah dengan kehadiran anak tersayang.

Untuk rekod, pemilik nama Jelena Noura Hadid ini merupakan peragawati yang bernaung dibawah Syarikat permodelan IMG semenjak tahun 2013.

Pada November 2014, Hadid yang mempunyai ketinggian 1.79 meter ini berjaya meletakkan dirinya dalam senarai 50 peragawati popular di Models.com.

Pada 2016 pula, Gigi Hadid menerima gelaran ‘Model Of The Year’ dari British Fashion Council.

Tuah badan. Sudahlah cantik dan dikenali, menjana pendapatan lumayan dan hidup bahagia dikelilingi orang tersayang.

Pasti sambutan Hari Natal lebih bermakna di samping keluarga tersayang ❤️

* Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanahair serta luar negara.

htpps://m.youtube.com/c/themalayapost

https://www.instagram.com/p/CH6u2d5Hm8H/?igshid=1ke6ym2uup6nd

Leave a Reply