Sunday, November 28, 2021
Home BERITA Geran Cendana RM10 juta diluluskan sepenuhnya – Tengku Zafrul

Geran Cendana RM10 juta diluluskan sepenuhnya – Tengku Zafrul

0
Geran RM10 juta yang diperuntukkan di bawah Agensi Pembangunan Ekonomi Budaya Malaysia (Cendana) menerusi inisiatif Pelan Jana Semula Ekonomi Negara (PENJANA) tahun lepas, diluluskan sepenuhnya untuk membantu menyara kehidupan rakyat yang terlibat dalam industri kreatif.

Menteri Kewangan Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz berkata geran itu adalah sebahagian daripada RM225 juta yang diperuntukkan melalui MyCreative Ventures Group untuk meningkatkan daya tahan ekonomi kreatif.

“Setakat hari ini, kita telah menyalurkan RM5.54 juta dana kepada 554 pekerja industri kreatif.

“Sebanyak RM8 juta lagi diperuntukkan kepada Cendana di bawah Pakej Perlindungan Rakyat dan Pemulihan Ekonomi (PEMULIH), telah diluluskan 82 peratus,” katanya ketika merasmikan ‘Pemulihan: Pembaharuan Exhibition, Fergana Art’ di Publika Shopping Gallery kelmarin.

Tengku Zafrul berkata bagi memulihkan aktiviti industri kreatif, agensi seperti Perbadanan Kemajuan Filem Nasional (Finas), Cendana dan MyCreative Ventures akan mempergiatkan pelbagai inisiatif.

Antara lain, di bawah Bajet 2022, beliau berkata sebanyak RM188 juta disediakan untuk meneruskan inisiatif seperti Dana Kandungan Digital, projek Kandungan Multimedia Digital, Insentif Filem dan Program Perkasa Modal Insan.–THE MALAYA POST

*Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanahair serta luar negara.

htpps://m.youtube.com/c/themalayapost

Leave a Reply