Geng Latino tumpas

0

Kes Samun di Cheras.

Empat suspek warga asing dari Amerika Latin yang juga ahli Geng Latino yang terbabit dalam kejadian samun di Cheras, semalam, direman tujuh hari bermula hari ini sehingga 10 September depan bagi membantu siasatan.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman Datuk Seri Abd Jalil Hassan berkata siasatan awal mendapati, Geng Latino ini aktif dalam samun sejak 2018.

Keempat-empat suspek berusia 30 hingga 60 tahun.

“Kami percaya sindiket ini ada kaitan dengan kira-kira 25 kes (samun) yang dilaporkan di Kuala Lumpur dan Selangor.

“Semakan mendapati, semua suspek tidak bekerja selain memiliki dokumen perjalanan diri yang sah,” katanya kepada pemberita.

Terdahulu, media melaporkan, dua lelaki dan dua perempuan dipercayai Geng Latino berjaya ditangkap polis kurang sejam dari menyamun di stesen Minyak Cheras Kuala Lumpur, tengah hari semalam.

Dalam kejadian itu, polis telah melepaskan tembakan ke arah suspek yang bertindak merempuh kenderaan pasukan dan cuba melanggar pegawai serta anggota polis beberapa kali.

Seorang daripada empat suspek dilaporkan cedera.

Wang samun bernilai sebanyak RM194,000 yang dilarikan suspek berjaya ditemui semula. –THE MALAYA POST

*Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanahair serta luar negara.

htpps://m.youtube.com/c/themalayapost

 

Leave a Reply