Genap usia dua bulan Zahirah-Aiman kongsi wajah anak, Isaac Raees

0

Hari ini genap dua bulan usia Isaac Raees Aiman Hakim.

Hari inilah juga merupakan kali pertama wajah penuh bayi kepada pasangan pelakon Zahirah Mac Wilson dan Aiman Hakim ini dikongsi buat tatapan umum.

Menerusi platform media sosial Instagram peribadinya, Zahirah berkongsi wajah terkini bayi yang sebelum ini hanya dikongsi sebahagian kecilnya pada hari kelahiran 5 Januari lalu.

Zahirah melahirkan bayi dan berpantang di Australia bersama keluarga dan ditemani suami tercinta.

Kelihatannya pelakon kacukan Melayu-Inggeris ini kembali langsing seperti sediakala. Cemburu admin melihatnya 😅

Sibayi pula alahai, comel sangat ni 🥰. Semoga membesar sihat dan membahagiakan keluarga ya!

 

Leave a Reply