Gempur PATI, 68 sekatan dilaksana, 40,880 kenderaan diperiksa

0

Bermula 1 Mei sehingga 16 Jun, seramai 850 PATI dan 153 tekong telah ditahan kerana cuba memasuki sempadan negara secara haram terutama melalui lorong-lorong tikus.

Turut ditahan ketika itu adalah seramai 12 individu yang disyaki penyeludup serta 18 buah kapal.

Sehubungan itu, Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah melaksana 68 Sekatan Jalan Raya Operasi Benteng di seluruh negara berbanding 66 sekatan jalan raya pada hari sebelumnya.

PDRM juga turut memeriksa 40,880 kenderaan bagi mengekang kemasukan PATI terutamanya di lorong-lorong tikus.

Pihak polis juga telah berjaya menahan enam warganegara asing semalam dan empat lagi pada hari sebelumnya di Sekatan Jalan Raya Operasi Benteng atas kesalahan imigresen.

* Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanahair serta luar negara.

htpps://m.youtube.com/c/themalayapost

Leave a Reply