Gempa bumi lemah 2.3 richter di Kundasang, Sabah – MET Malaysia

0

Satu gempa bumi lemah berukuran 2.5 pada skala Richter berlaku di Kundasang, Sabah kira-kira jam 10.14 malam tadi (13 Mac 2020).

Jabatan Meterologi Malaysia dalam satu kenyataan berkata gempa bumi pada kedalaman 10 kilometer terbabit dikesan di 6.0° Utara dan 116.6° Timur pada jarak 11 kilometer Barat Ranau, Sabah.

Gempa bumi lemah telah berlaku di Kundasang, Sabah pada jam 10:14 malam, 13 Mac 2020Koordinat : 6.0° Utara dan 116.6°…

Dikirim oleh Malaysian Meteorological Department pada Jumat, 13 Maret 2020

Menurut kenyataan MET Malaysia gegaran dirasai di sekitar berkenaan serta Kundasang dan Jabatan Meteorologi Malaysia akan terus menjalankan pemantauan berterusan berkaitan kejadian itu.

–THE MALAYA

*SubscribeChannel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanah air serta luar negara.

https://m.youtube.com/c/themalayapost

 

Leave a Reply