Gemala pertaruhan baharu Wani Syaz, raih 273,000 jumlah tontonan di Youtube

0

Siapa sahaja tidak mengenali penyanyi kecil molek bersuara lunak Nursyazwani Selamat atau lebih dikenali sebagai Wany Syaz.

Diawal kemunculan, penyanyi berbakat besar ini dikenali sebagai Wani, namun dek kerana tidak mahu peminat terkeliru penyanyi kelahiran Batu Pahat, Johor ini mahu membuat penjenamaan semula dirinya dengan nama baharu iaitu Wany Syaz.

Meraih 273,000 jumlah tontonan di Youtube, lagu terbaharu Wany berjudul Gemala nampaknya semakin diminati ramai.

Muzik dan lirik lagu berkenaan merupakan ciptaan sepenuhnya oleh komposer berbakat dari FMC Music, Shazee Ishak, Blaine Bakri dan Omar K.

Mula berkecimpung dalam dunia seni hiburan tanah air sejak tahun 2014, selain berbakat sebagai penyanyi, Wany Syaz juga merupakan seorang komposer.

Wany Syaz merupakan artis naungan FMC Music bersama Wany Hasrita dan Tajul dan pada tahun 2017, penyanyi ini pernah terpilih menyertai program Gema Gegar Vaganza musim pertama.

Selama enam tahun serius dalam bidang muzik, Wany Syaz telah membawa pelbagai genre muzik antaranya genre pop , balada, dan nasyid.

Antara lagu-lagu Wany Syaz yang popular adalah Lepaskan, Pendusta Cinta, Alhamdulillah, Sinar Terindah, Kembalilah, Aku Selalu Setia dan I Cinta Jer.

— THE MALAYA POST

* Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanahair serta luar negara.

htpps://m.youtube.com/c/themalayapost

Leave a Reply