Gelak besar ketawakan orang, penyampai radio pula kritik sebutan Bahasa Inggeris seorang guru

0

Seorang penyampai radio dikecam kerana tindakannya mempersenda cara sebutan seorang guru yang mengajar dalam bahasa Inggeris menerusi saluran DidikTV baru-baru ini.

Penyampai radio yang dipercayai bertugas di sebuah stesen radio Bahasa Inggeris tempatan itu berkongsi reaksi jeliknya menerusi platform TikTok. Dia dilihat mentertawakan lenggok sebutan guru berkenaan.

Setelah mendapati video itu tular, dia dipercayai bertindak menghapuskan video berkenaan, namun sempat dikongsi warga maya di platform media sosial lain pula.

Hmmm.. Kalau benar kita ni bijak pandai, berilah tunjuk ajar dengan cara berhemah. Tambahan pula jika ianya dijadikan konten untuk tontonan umum.

Mengkritik jangan sampai menghina.

*Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanahair serta luar negara.

htpps://m.youtube.com/c/themalayapost

Leave a Reply