Gelagat seekor kucing meniru pergerakan seorang nenek mencuci pinggan raih jutaan tontonan di laman Facebook

0

Gelagat seekor kucing sedang meniru pergerakan penjaganya yang sedang membasuh pinggan mengundang tawa ramai.

Rakaman video berdurasi 1 minit 45 saat yang mencuri perhatian warganet itu turut mendapat perkongsian ramai di platform media sosial.

Video berkenaan yang dikongsi oleh pemilik Facebook bernama Sandra Queiroz Bolos dari negara Brazil, memaparkan seekor kucing yang melakukan gerakan sama seakan sedang membasuh pinggan sambil mengerak-gerakkan kakinya.

https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=2118781918222107&id=100002709598096&sfnsn=mo&d=n&vh=i

Kucing comel ini juga seakan memahami apa yang diperkatakan dan mengikut arahan penjaganya.

Binatang peliharaan yang lucu dan bijak ini dipercayai adalah milik kepada cucu wanita di dalam video berkenaan yang bernama Rebecca.

Perkongsian video ini menjadi viral di laman Facebook dengan meraih 5.2 juta jumlah tontonan dan lebih 139,000 perkongsian dari orang ramai serta 50,000 tanda suka setakat ini.

Leave a Reply