Gelagat pelakon The Flash cuba berbahasa Melayu, cuit hati peminat

0

Telatah lucu pelakon utama The Flash mencuit hati para peminat apabila isterinya memuatnaik satu video pendek di laman Instagram miliknya.

“One of my favourite videos- trying to teach G how to say “don’t mess with me” in Malay 😂 It always makes me smile :)” tulis Andrea.

Grand Gustin yang sering disapa Flash berkahwin dengan Andrea Thoma yang berasal dari Sabah pada 15 Disember 2018.

Melalui perkongsian video berkenaan, Andrea cuba untuk mengusik suaminya dan dihalang oleh Grand sambil berkata “jangan kacau” berulang kali dan kemudiannya Andrea ketawa.

Andrea membantu membetulkan cara sebutan “jangan” sambil menyebut kosa kata perkataan tersebut satu persatu.

Siapa sangka Grand boleh bercakap dalam Bahasa Melayu meskipun agak sedikit pelat.

Di ruangan komen Instagram milik Andrea pula, para peminat suaminya terhibur dengan gelagat mesra dan lucu mereka berdua.

Untuk rekod, Andrea merupakan gadis berdarah separuh Kadazhan dan lahir serta membesar di Ohio, Amerika Syarikat.

Namun keluarganya akan pulang ke Borneo setiap beberapa tahun supaya mereka tidak melupakan sejarah serta asal usul keluarganya. –THE MALAYA POST

* Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa
tanahair serta luar negara.

htpps://m.youtube.com/c/themalayapost

Leave a Reply