Gelagat anak-anak bantu Cristiano Ronaldo bersenam, sungguh comel!

0

Sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), aktiviti fizikal juga perlu dilakukan agar terus kekal bertenaga dan sihat tubuh badan.

Selain dari senaman ringan dan berenang (jika ada kolam renang di rumah), aktiviti bermain dan bersukan di halaman rumah bersama keluarga pun menyeronokkan.

Dapat juga mengeratkan hubungan kekeluargaan.

Menerusi perkongsian di laman media sosial Instagram, pemain bola sepak kelab Juventus dan Portugal, Cristiano Ronaldo memuatnaik video beriadah di rumahnya.

Apa yang menarik, dia telah ‘dibantu’ oleh anak-anak kecilnya ketika menjalankan senaman angkat berat.

Alahai! Comel sungguh bila melihat askar-askar kecil ‘terkedek-kedek’ mengelilingi tuannya.

Memang anak ayah sangat! 👨‍👧‍👦💕

#StayAtHome
#staySafe
#stayHealthy
#BreaktheChain

– THE MALAYA POST

*Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanah air serta luar negara.

https://m.youtube.com/c/themalayapost

Leave a Reply