GEGAR VAGANZA : Wann dan Noorshila Amin tersingkir di pentas separuh akhir

0

Debaran final Gegar Vaganza musim keenam (GV6) kian terasa apabila hos mengumumkan enam peserta yang berjaya mara ke pentas akhir seterusnya berentap bergelar juara.

Antara yang telah berjaya ke konsert final ialah Hady Mirza, Jatt, Nur Fatima, Naqiu Boboy, One Nation Emcees.

Di pentas separuh akhir GV6 yang bertemakan Fabulous, Hady Mirza mendahului dengan jumlah markah 82% dengan membawa lagu All My Life dan Takdir Tercipta.

Dengan markah yang diperoleh, Hady Mirza juga telah melayakkannya menerima anugerah Artis Cili Padi Paling Power.

Manakala Naqiu memperolehi markah 77% dengan membawa lagi Always dan Hanya Namamu.

One Nation Emcees pula berjaya mengumpul markah sebanyak 71% dengan membawa lagu Drama dan Seribu Tahun.

Kumpulan ini juga dianugerahkan Bintang Cuckoo Paling Gempak.

Manakala Nur Fatima mendapat markah 67% dengan mempersembahkan lagu Kau Pergi Tanpa Pesan dan Kali Pertama.

Jatt dan Sham Visa pula mendapat markah tipis apabila Jatt mendapat markah 61% dengan membawa lagu Kumiliki Bayangmu dan Zakia manakala Sham Visa mendapat markah 60% dengan menyanyikan lagu Permata dan Untuk Isteriku.

Nasib tidak menyebelahi Wann dan Noorshila Amin apabila sekali lagi berada didua kedudukan terendah apabila masing-masing memperolehi markah 57% dan 52% sekaligus tersingkir di pentas separuh akhir GV6.

Leave a Reply