GEGAR VAGANZA : Tiada penyingkiran di konsert minggu kesembilan, One Nation Emcees mengungguli kedudukan

0

Pentas Gegar Vaganza minggu kesembilan telah pun selesai dan pada minggu ini tiada penyingkiran berlaku.

Konsert GV6 masih berbaki dua minggu di mana akan mempertaruhkan lapan peserta iaitu One Nation Emcees, Hady Mirza, Naqiu Boboy, Jatt Ali, Nur Fatima, Noorshila Amin, Sham Visa dan juga Wann dengan bertemakan Fabulous.

Menerusi ‘live’ di Gegar Vaganza Official, One Nation Emcess mendahului dengan memperolehi markah tertinggi sebanyak 80 peratus.

Seterusnya diikuti dengan Hady Mirza dengan markah 76 peratus, Naqiu Boboy dengan markah 70 peratus dan Jatt Ali berjaya mengumpul 69 peratus.

Manakalah Nur Fatima dan Noorshila Amin masing masing mendapat markah yang sama iaitu 58 peratus.

Bagi dua markah terendah dikumpul oleh Sham Visa dengan markah 57 peratus dan Wann dengan markah 56 peratus namun nasib menyebelahi mereka berdua kerana tiada penyingkiran yang berlaku.

Bagi anegerah khas pula iaitu Artis Cili Padi Power dirangkul oleh One Nation Emcess manakala Bintang Cuckoo Paling Gempak diterima oleh Sham Visa.

Leave a Reply