GEGAR VAGANZA : Netizen mahu Roy kembali beraksi di konsert GV

0

Program realiti nyanyian popular, Gegar Vaganza musim keenam (GV6) 2019 minggu kelapan menyaksikan penyanyi Roy telah tersingkir dengan memperolehi markah 55 peratus.

Roy yang menyanyikan lagu Seniman Menangis nyanyian asal Dato’ Jamal Abdillah memperolehi markah paling rendah di antara dan menurut juri tetap, Dato’ Ramli MS berkata Roy tidak menunjukkan prestasi yang meningkat malah hanya mengikuti ‘key’ penyanyi asal.

Namun segelintir penonton dan netizen mula mempertikaikan penyingkiran Roy dan berpendapat keputusan berkenaan tidak adil.

Netizen mula menyerang ruangan komen di laman Instagram Gegar Vaganza Official meluahkan ketidakpuasan hati mereka.

Malah ada yang membandingkan persembahan nyanyian Roy dengan Wan serta Nur Fatima.

Menurut warganet, persembahan Roy lebih baik berbanding dua lagi peserta terbabit.

“Antara Roy dan Nurfatima.. Roy much better dr Nurfatima nyanyi mlm nie.. X adil btl!”.

“Roy more better than Wan, tah pape tah gv kali ni”.

“@Roygegarvaganza6 memang tak deserve disingkirkan.. Come on, nk rig pon jgn obvious sgt pls”.

Warganet juga mula memberontak di ruangan komen dengan mahukan Roy kembali berentap pada konsert seterusnya.

Leave a Reply