Gegar Vaganza musim keenam cetus kejutan! Tiada pemenang tempat kedua, Naqiu dan Hady Mirza diumum juara

0

Pentas final Gegar Vaganza 2019 telah pun melabuhkan tirainya setelah sepuluh minggu bersiaran.

Lebih mengejutkan apabila diumumkan juara Gegar Vaganza musim keenam dijuarai oleh dua orang peserta iaitu Naqiu dan Hady Mirza.

View this post on Instagram

Belum pernah berlaku dalam sejarah mana-mana pertandingan nyanyian apabila dua peserta dinobatkan sebagai juara. Namun ia bukanlah sesuatu yang mustahil kerana ketika Festival Filem Malaysia ke 10, filem Bintang Malam dan Selubung berkongsi trofi apabila dinobatkan sebagai Filem Terbaik. Juri sudah pun menyatakan pendapat mereka dan pihak Astro sendiri menghormati keputusan yang telah dibuat itu. So dah boleh move on. Mungkin sudah tertulis trofi juara GV6 menjadi milik @thisisnaqiu dan @hadymirzaofficial. Apa yg penting, sokongan yg berterusan daripada peminat kerana itulah yang menentukan survival mereka dalam bidang ini. Lagioun ini kan program realiti, apa sahaja boleh berlaku. Kalau penonton beri maklum balas, positif atau negatif terhadap apa yg program ini sajikan, maknanya program ini berjaya. OK selepas ini dah boleh teruskan kehidupan seperti biasa sebelum tiba program realiti lain yang mampu memancing emosi penonton seperti GV Tahniah kepada semua finalis. Persembahan yang sangat menghiburkan. Dan malam Ahad abam takkan sama lagi selepas ini. 😞 #journalistonduty #journoatwork #entertainmentjournalist #gegarvaganza #gegarvaganza6 #bobobear

A post shared by Bobo Fahad (@bobofahad) on

Dengan memperolehi markah sebanyak 87%, mereka berdua telah dinobatkan sebagai juara GV6 dan membawa pulang wang berjumlah RM100,000, pakej percutian ke Timur Tengah, pakej percutian di hotel beserta trofi GV6 setiap seorang.

Manakala tempat ketiga dimenangi oleh Jatt dengan markah 76% dan membawa pulang wang berjumlah RM30,000 beserta trofi.

Tempat keempat pula menjadi milik Nurfatima dengan memperolehi jumlah markah 68% dan membawa pulang wang kemenangan berjumlah RM20,000 beserta trofi.

Manakala tempat kelima dan keenam dimenangi oleh One Nation Emcees (67%) dan Sham Visa (65%) dengan markah tipis.

Masing masing membawa pulang wang bernilai RM15,000 dan RM10,000 beserta trofi GV6.

Bagi hadiah istimewa, Hady Mirza terpilih sebagai Bintang Cuckoo Paling Gempak.

Leave a Reply