Gaya Selebriti di New York Fashion Week

0

Kini sedang rancak berlangsung New York Fashion Week Fall/Winter yang bermula 6 hingga 14 September 2019 di kotaraya fesyen terkenal dunia New York, Amerika Syarikat.

Acara pertunjukan fesyen tahunan ini sememangnya dinanti-nantikan oleh peminat pakaian berjenama terkenal dunia.

Para hadirin yang hadir bukan sahaja ingin melihat busana rekaan terkini malah gaya “catwalk” model terkemuka dunia di pentas peragaan turut menjadi perhatian hadirin.

Beberapa selebriti, model dan “social media influencer” terkemuka turut hadir memeriahkan peragaan fesyen terkenal dunia antaranya Gigi Hadid, Julie Estelle, Ashley Graham, Adriana Lima, Tyler Cameron Ogah, Sadie Sink , aktor Casey Cott dan ramai lagi.

Begitu juga dengan artis tempatan turut mendapat jemputan ke pertunjukan fesyen tahunan terbabit.

Ia termasuk pelakon Fazura, Scha Al-Yahya, Awal Ashaari, Neelofa dan Farah Nabilah.

Mereka juga tidak melepaskan peluang berswafoto bersama selebriti Hollywood dan ber’ootd’ dengan busana masing-masing untuk tatapan para pengikut mereka di laman Instagram.

Leave a Reply