Gaya COVID-19?

0

Pemakaian pelitup muka atau ‘face mask’ semenjak penularan COVID-19 wajib dipraktikkan dalam usaha mengekang seterusnya memutuskan rantaian pandemik.

Boleh dikatakan ia adalah antara #newNormal yang akan berterusan  penggunaannya di seluruh dunia.

Bagus juga, ia adalah satu langkah berkesan untuk lindungi diri dan juga orang lain dari mendapat jangkitan virus.

Terdapat berbagai pilihan ‘face mask’ dipasaran. Ada material kain yang boleh dicuci dan diguna kembali, ada juga jenis pakai buang.

Kelihatannya jenis pakai buang menjadi pilihan ramai kerana ianya praktikal, lebih ‘hygienic’ dan mampu milik.

Kini, berbagai warna dan corak dijual di pasaran, terpulang kepada pembeli untuk memilih mengikut kesukaan dan keselesaan.

Paling utama, setelah digunakan, buanglah di tempat yang selamat.

Namun, mungkin ada yang sayang untuk melupuskan’ face mask’ mereka?

Menerusi perkongsian di platform media sosial Facebook, memperlihatkan pasangan menggayakan pakaian yang diperbuat dari pelitup muka pakai buang!

Amboi kreatif sungguh ya! Sesuai dijadikan tema majlis riang ria. Berambu ramba admin perhatikan 🕺🏻💃🏻 Dapatlah berjimat juga kan!

Ada yang berkenan ke? Jika digayakan, pasti anda kelihatan berbeza dan mengikut aliran terkini 😄

* Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanahair serta luar negara.

htpps://m.youtube.com/c/themalayapost

Leave a Reply