Garang tapi penyayang, seronok tengok Sheila Rusly turun ilmu memasak pada bakal menantu

0

Pelakon Sheila Rusly terkenal dengan kepakaran memasak.

Malah pemilik produksi drama televisyen ini turut menerbitkan rancangan masakan di saluran televisyen berjudul Ketuk Ketuk Ramadan selain berkongsi resepi menerusi buku masakan, antaranya Sentuhan Rasa Shiela Rusli dan Ketuk-ketuk Shiela Rusli.

Terkini, dia menurunkan ilmu dan tips masakan kepada bakal menantunya, pelakon Elisya Sandha.

Menerusi rakaman video yang disiarkan secara ‘live’ itu, kelihatan Shiela menunjuk ajar Elisya cara menyediakan resepi sotong kari mamak ‘kaw’ seperti yang dijual di restoran mamak popular.

Wah.. Nampak pekat dan menyelerakan! Dicicah pula dengan roti boom atau pharata. Lapar admin dibuatnya ????

Untunglah jika dapat ibu mertua yang ‘sporting’ dan sudi memberi tunjuk ajar kan! Nasib badan..

*Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanahair serta luar negara.

htpps://m.youtube.com/c/themalayapost

Leave a Reply