Gambar yang diambil oleh seorang pegawai polis menarik perhatian Apple

0

Siapa sangka seorang pegawai polis yang bertugas di Terengganu, berjaya menarik perhatian syarikat gergasi Apple di man salah satu gambar yang diambilnya telah dimuat naik di instagram, di ‘tagged’ ke akaun instagram @Apple yang memiliki lebih dari 20 juta pengikut.

https://instagram.com/apple?igshid=15np5cua5oz25

Berada di tempat dan masa yang tepat, menjadi tajuk perkongsian foto berkenaan di laman Instagran Apple. Ianya bertepatan dengan ‘tuah’ yang diterima oleh pegawai polis terbabit. Jika anda masih belum tahu, nama pegawai polis berkenaan ialah Azmeer Iskandar dan gambar tersebut diambil dari akaun Instagramnya @azmeeriskndr.

https://instagram.com/aazmeeriskndr?igshid=xb7mbv2jmoka

Azmeer yang berusia 28 tahun itu, telah bertugas di Terengganu sejak 8 tahun lalu. Beliau mengambil gambar tersebut di Rusila, Marang di Terenggau pada bulan Ogos 2019.

Gambar seseorang yang sedang memanjat pokok kelapa itu diambil ketika dia bersiar-siar di tepi pantai Rusila bersama rakan-rakannya.

Dia ternyata sangat gembira apabila gambar yang diambilnya menggunakan telefon iPhone XR terpilih untuk dipaparkan di laman Instagram Apple. Sehingga kini, gambar tersebut telah memiliki lebih 440 ribu jumlah tanda suka.

Beliau percaya, ini adalah gambar dari Terengganu yang pertama terpilih untuk muncul di akaun instagram Apple. Ia juga masa yang tepat kerana tahun 2020 merupakan Tahun Melawat Malaysia. Sedikit sebanyak, ia boleh menarik perhatian masyarakat antarabangsa untuk mengenali Malaysia, sekaligus datang melawat negara ini.

Azmeer kini memiliki lebih 40 ribu pengikut di Instagram dan akaun tersebut dipenuhi dengan pelbagai tangkapan gambar yang menarik berkaitan pengalaman beliau dalam perjalanan serta kehidupan seharian. Beliau menganggap fotografi mobile sebagai suatu hobi. –THE MALAYA POST

* Subscribe The Malaya Post Youtube Channel
Untuk perkembangan berita dan isu semasa
tanahair serta luar negara.

htpps://m.youtube.com/c/themalayapost

Leave a Reply