Galaxy Z Flip telefon lipat keluaran kedua Samsung

0

Galaxy Z Flip mula dilancarkan pada 14 Februari di beberapa negara seperti Amerika Syarikat dan Korea Selatan yang didatangi dalam tiga warna iaitu ungu, hitam dan emas.

Menampilkan reka bentuk yang luar biasa, ia sangat sesuai dan mudah diletak di dalam poket atau beg kerana strukturnya yang boleh dilipat dan jimat ruang.

Diperbuat dari kaca ultra nipis, Ini dapat mengurangkan kesan lipatan pada skrin di samping memberi ketahanan yang maksima dari plastik.

Dilengkapi dengan skrin penuh Dynamic AMOLED seluas 6.7 inci beserta keluasan RAM sebesar 8GB dan storan 256GB.

Di luar, ia dipasang skrin Super AMOLED kecil 1.1-inci yang boleh memaparkan notis serta menjawab panggilan tanpa perlu membuka skrin.

Di tepi skrin, terdapat dwi-kamera iaitu kamera utama 12MP F1.8 bersama OIS, serta kamera ultra lebar 12MP F2.2.

Untuk maklumat lanjut mengenai spesifikasi Galaxy Z Flip boleh layari laman sesawang berkenaan.

https://www.samsung.com/global/galaxy/galaxy-z-flip/specs/

*Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanah air serta luar negara.

https://m.youtube.com/c/themalayapost

Leave a Reply